am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Wanita warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Mansiang, Jalan Bukit Kokol, Manggatal, di sini, malam ini
Mayat mangsa dikenali sebagai Ng Su Yen, 72, ditemui selepas api berjaya dipadamkan pasukan bomba.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Laupen Nuar berkata, 20 anggota daripada BBP Lintas dan Kota Kinabalu bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.27 malam.
“Sebaik tiba, didapati rumah dua tingkat jenis separuh kekal itu musnah terbakar 100 peratus.
“Operasi pemadaman dijalankan segera dengan api berjaya dikawal sepenuhnya pada 8.54 malam.
“Mangsa yang ditemui rentung disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
© New Straits Times Press (M) Bhd