Warga emas hilang tunggang motosikal

Warga emas hilang tunggang motosikal


KUALA SELANGOR: Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sekitar daerah ini, kelmarin.

Lelaki dikenali sebagai Mohd. Rosli Mansor, 70, itu beralamat terakhir di No. 11, Jalan 5, Taman Seri Kuantan, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan itu, kira-kira pukul 7.31 petang semalam selepas lelaki berkenaan dipercayai keluar dari rumah dengan menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Ego berwarna hitam dengan pendaftaran BKP 5153.

“Mangsa kali terakhir dilihat di sekitar Kampung Kuantan dan dipercayai menghala ke kawasan Kuala Selangor. Waktu kehilangan lelaki itu kira-kira pukul 5.30 petang Ahad (kelmarin),” katanya kepada pemberita, hari ini.

Justeru, Azaharudin meminta ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa diminta menghubungiBilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top