Warga Myanmar dituduh tikam perut rakan hingga parah

Warga Myanmar dituduh tikam perut rakan hingga parah



am@hmetro.com.my

Muar: Lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan rakan dengan menikam pisau pada perut hingga parah, minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan terhadap Win Zaw Latt, 42, kerana tertuduh tidak memahami pertuduhan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mencederakan mangsa lelaki berusia 35 tahun dengan pisau yang mungkin boleh menyebabkan kematian di asrama pekerja di Kawasan Perindustrian Bakri, di sini, 8.15 malam, 8 Disember lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Diyana Najihah Muhamed Fauzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam

Mahkamah tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh dan menetapkan 2 Januari ini untuk sebutan semula dengan kehadiran jurubahasa Myanmar.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top