Watie Masih Trauma, Belum Sedia Kongsi Tentang Kehamilan

Watie Masih Trauma, Belum Sedia Kongsi Tentang Kehamilan


Perkongsian pelawak Shuib Sepahtu menjadi perhatian apabila memuat naik gambar memaparkan isterinya, Watie Hanifiah serta netizen mendakwa kelihatan ‘baby bump’ di bahagian perutnya.

Memetik mStar Online, Watie bagaimanapun memilih untuk tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan dia kini sedang berbadan dua.

BACA: “Saat Kamu Di Syurga Ada Ibu Yang Menjaga” – Isteri Shuib Keguguran

Menutu Watie, selepas mengalami keguguran sebelum ini dia masih trauma serta belum bersedia untuk berkongsikan berita tersebut kepada umum sebaliknya hanya meminta mendoakan yang baik-baik.

“Selepas lalui fasa sebelum ini, saya memilih untuk minta doa yang baik-baik sahaja. Apa yang semua nampak itu, doakan sahaja. Waktu sekarang ini, belum sedia untuk kongsi.

“Saya tidak mahu menidakkan dan mengiyakan itu sebab masih trauma (dengan sebelum ini). Perkara lepas sangat beri kesan kepada saya. Saya selalu teringat benda itu,” katanya.

Pada Mei lalu, Watie mengesahkan dia mengalami keguguran pada 11 Mei.  Berita duka itu dikongsikan oleh Watie di Instagram menerusi satu coretan buat anak syurganya yang diberi nama ‘Bintang’.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top