Watkins duri dalam daging buat Arsenal

Watkins duri dalam daging buat Arsenal


Ollie Watkins menjadi duri dalam daging buat Arsenal apabila jaringan minit ke-68 mengikat kedua-dua pasukan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates.

PENYERANG Aston Villa, Ollie Watkins menjadi duri dalam daging buat Arsenal apabila jaringan minit ke-68 mengikat kedua-dua pasukan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates.

Aston Villa kendalian Unai Emery sebelum itu ketinggalan dua gol selepas angkatan Mikel Arteta memimpin perlawanan hasil dua jaringan daripada Gabriel Martinelli (m-35) dan Kai Havertz (m-55).

Dua jaringan itu meletakkan Arsenal dalam keadaan selesa untuk menekan pendahulu liga, Liverpool yang empat mata di depan kelab dari London berkenaan sebelum Youri Tielemans mengetuai kebangkitan pasukan pelawat dengan gol minit ke-60.

Watkins kemudian muncul wira Aston Villa apabila menterjemahkan hantaran lintang Matty Cash dengan sepakan voli untuk menyamakan kedudukan lapan minit kemudian.

Anak buah Arteta berpeluang meraih tiga mata dalam perlawanan di laman sendiri itu, namun jaringan Havertz minit ke-88 dibatalkan video bantuan pengadil (VAR).

Arsenal mengumpul 44 mata berbanding Liverpool 50 mata setelah bermain satu perlawanan lagi manakala Villa pula naik ke tempat ketujuh dengan 36 mata.



Source link

OR

Scroll to Top