Terpegun tengok kecantikan Wawa Zainal ketika sahut trend Asoka Challenge, mekap sempurna sampai ramai puji wajahnya persis aktres popular Preity Zinta!
Viral di media sosial ketika ini trend mekap ala wanita India sambil menyanyikan lagu San Sanana. Lagu ini merupakan soundtrack sebuah filem berjudul Asoka (2021) dan dibintangi oleh Shah Rukh Khan serta Kareena Kapoor.
Banyak selebriti dan content creator terkenal berusaha memenangi cabaran ini dengan menampilkan solekan tercantik dengan transition paling smooth.
Trend mekap Asoka diinspirasikan oleh mekap Kareena Kapoor yang memegang watak Kaurwaki. Jika diteliti mekap asalnya, terdapat simbol-simbol tertentu di tepi mata, tengah dahi dan sekitar bahu.
Sekadar menyahut cabaran yang sedang viral, trend Asoka Challenge ni secara tidak langsung mengangkat kecantikan wanita asli India dalam persalinan tradisi mereka. Dikenakan pula dengan aksesori maang tikka di tengah belahan rambut serta subang hidung, nampak cantik betul!
KARYA SENI
Meskipun ramai yang sudah menyahut trend Asoka Challenge ini, namun hantaran terkini usahawan selebriti Wawa Zainal paling dipuji. Orangnya dahlah cantik, lepas mekap persis Preity Zinta pula tu!
Dengan transition yang cukup smooth, Wawa Zainal berjaya mencuri perhatian dengan wajahnya yang penuh ekspresi, menyerlahkan lagi karya solekan makeup artist Nadia Nordin. So perfect!
Yang belum tengok Wawa Zainal sahut trend Asoka Challenge, inilah video yang dipuji-puji tu, betul ke persis Preity Zinta… Tapi kami tengok macam lebih cantik versi Hijabista!
Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32 tahun, kini dilihat giat merencana hala tuju empayar Wawa Cosmetics berbanding kerjaya seni memandangkan perniagaan ini bukan hanya menjadi sumber pendapatan kepada mereka sekeluarga malah membantu ramai wanita yang turut sama dalam bisnes Wawa Cosmetics.
Semoga kejayaan Wawa Zainal menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk berjaya dalam bidang keusahawanan.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/menjauh-dari-hiruk-pikuk-dunia-fazura-kini-fokus-gapai-ketenangan-dengan-hargai-diri-sendiri/
The post Wawa Zainal Sahut Trend Asoka Challenge, Ramai Puji Wajah Persis Preity Zinta! appeared first on Hijabista.