WCT Malls perkenal konsep "retailtainment" inovatif

WCT Malls perkenal konsep "retailtainment" inovatif


PETALING JAYA: WCT Malls tampil dengan konsep “retailtainment” yang inovatif, menggabungkan hiburan, pengembaraan dan aktiviti keluarga dalam satu pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan dan dinamik.

Dengan pendekatan baru ini, pusat membeli-belah kini berfungsi sebagai destinasi sosial yang menawarkan lebih daripada sekadar ruang membeli-belah.

Sebagai langkah pertama, WCT Malls baru-baru ini melancarkan ESCAPE Theme Parks di Paradigm Mall Petaling Jaya dan Paradigm Mall Johor Bahru, menampilkan tarikan eksklusif seperti Banana Flip dan Slingshot yang membawa keseronokan hiburan terus ke dalam pusat beli-belah.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi pengunjung peluang untuk menikmati pengalaman membeli-belah, tetapi juga hiburan dan interaksi keluarga yang menyenangkan.

Tarikan baru di Paradigm Mall Petaling Jaya, Johor Bahru

Untuk memberikan pengalaman lebih menarik, Paradigm Mall Petaling Jaya akan melancarkan arena laser tag berteknologi tinggi, HURDIS.MY pada Januari 2025.

Arena ini menawarkan pengalaman permainan berenergi tinggi yang sesuai untuk pengunjung daripada pelbagai usia.

Sementara itu, Paradigm Mall Johor Bahru menjadi tuan rumah kepada gelanggang luncur ais terbesar di negeri tersebut, memberi pengunjung peluang untuk menikmati pengalaman musim sejuk yang menyeronokkan. 

Selain itu, pusat beli-belah ini turut memperkenalkan Roll On, tempat luncur beroda bertema retro Amerika yang menghidupkan kembali kenangan nostalgia, serta VR+ Zone yang menawarkan pengalaman realiti maya.

Tidak ketinggalan, Fun Scape di Paradigm Mall Johor Bahru menyediakan permainan arked klasik dengan elemen moden, memberi peluang kepada pengunjung menikmati pengalaman nostalgia dalam suasana yang baharu dan interaktif.

Bukan itu sahaja, Paradigm Mall Johor Bahru turut memperkenalkan Camp5 yang dilengkapi kemudahan memanjat tertutup pertama di Malaysia, sesuai untuk semua peringkat umur dan menambah variasi aktiviti luar ruangan yang menarik di pusat beli-belah tersebut.

Dengan pengenalan konsep retailtainment, WCT Malls berharap dapat mencipta suasana yang lebih interaktif, di mana pengunjung dapat berhubung dan menghasilkan kenangan yang melangkaui pengalaman membeli-belah dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls, Selena Chua, berkata fokus utama syarikat adalah menyediakan ruang yang mendorong interaksi sosial, sekali gus memperkukuhkan hubungan antara pengunjung dan penyewa.


Sempena musim cuti 2024, WCT Malls turut bekerjasama dengan jenama terkenal seperti Disney dan CoComelon untuk memperkenalkan pelbagai aktiviti dan paparan bertemakan perayaan di beberapa lokasi WCT Malls.

Pengalaman bertemakan ini bukan sahaja memeriahkan suasana, tetapi juga menarik minat pengunjung daripada pelbagai peringkat umur.

“Melalui kolaborasi bersama jenama terkemuka seperti Disney dan CoComelon, kami tidak hanya memperkaya pengalaman membeli-belah, tetapi juga meningkatkan pembabitan pengunjung dan menyokong penyewa dengan cara yang lebih bermakna.

“Aktiviti bertemakan IP ini bukan sahaja memberikan kegembiraan kepada pengunjung, tetapi turut membantu meningkatkan trafik ke pusat beli-belah,” kata Selena Chua.

Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls, Selena Chua – FOTO WCT Malls

Dengan memperkenalkan pelbagai tarikan baru dan pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif, WCT Malls terus berusaha untuk menjadi destinasi pilihan yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang lengkap dan menyeronokkan untuk seisi keluarga.

WCT Malls komited untuk terus menjadi destinasi utama bagi hiburan dan membeli-belah. 

Kunjungi Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru, gateway@klia2 dan Skypark Terminal untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ikuti Paradigm Mall Petaling Jaya dan Paradigm Mall Johor Bahru media sosial untuk maklumat terkini dan promosi menarik.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top