KUALA LUMPUR: Platform dagangan dalam talian yang semakin popular, Webull Malaysia kini tampil sebagai broker digital pertama sepenuhnya dengan saluran perbankan Islam di Malaysia.
Ini merupakan langkah penting bagi memenuhi keperluan pelabur Muslim yang mengutamakan prinsip kewangan Islam, sekali gus membuka lebih banyak peluang pelaburan dalam pasaran saham Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).
Dengan saluran perbankan Islam ini, Webull membolehkan pelabur menggunakan bank Islam untuk mendanai akaun mereka tanpa dikenakan faedah dan berasaskan perkongsian keuntungan, selaras dengan prinsip Syariah.
Inisiatif ini bukan sahaja memberi akses kepada pelaburan patuh Syariah malah mengukuhkan kedudukan Webull Malaysia sebagai platform mesra pelabur tempatan terutama bagi mereka yang mencari alternatif pelaburan yang selari dengan nilai agama.
Tidak terhenti di situ, platform ini turut menawarkan penunjuk Syariah yang memudahkan pelabur untuk memilih saham dan Dana Dagangan Bursa (ETF) yang memenuhi kriteria Islam di pasaran AS, dengan kerjasama penasihat Syariah, Elzar Shariah Solution & Advisory Sdn. Bhd.
Ini menjadikan proses pelaburan lebih jelas, mudah difahami dan lebih terperinci.
Kos dagangan lebih rendah untuk pelabur baru
Selain memberi akses kepada pelaburan patuh Syariah, Webull Malaysia juga dikenali dengan kos dagangan yang sangat rendah menjadikannya pilihan utama bagi pelabur yang mencari platform dengan kos lebih efisien.
Bagi mereka yang baru bermula, Webull menawarkan 90 hari pertama tanpa komisyen untuk dagangan saham di Bursa Malaysia dan pasaran AS.
Ini memberi peluang kepada pelabur baru untuk merasai pengalaman dagangan tanpa perlu risau tentang kos transaksi yang boleh membebankan.
Dalam tempoh ini, pelabur boleh menumpukan sepenuhnya untuk merancang strategi pelaburan tanpa halangan kos yang tinggi.
Lebih menarik, Webull Malaysia baru-baru ini turut mengumumkan diskaun 50 peratus komisyen bagi dagangan saham AS untuk 90 hari selepas tamatnya tempoh komisyen percuma, menjadikannya platform digital dengan kos dagangan paling murah di pasaran.
Dengan komisyen serendah 0.025 peratus dan tanpa yuran platform, Webull terus memantapkan kedudukannya sebagai pilihan utama bagi pelabur yang menginginkan kos dagangan terendah tanpa mengira jumlah pelaburan.
Selain itu, Webull Malaysia juga menawarkan kemudahan dagangan saham pecahan.
Ini memberi peluang kepada pelabur untuk membeli saham dengan jumlah serendah USD5, yang membuka ruang untuk melabur dalam saham berharga tinggi tanpa perlu membeli satu saham penuh.
Contohnya, jika saham Apple (AAPL) berharga lebih daripada USD200 (sekitar RM1000), dengan saham pecahan, anda boleh memiliki sebahagian daripada AAPL dengan pelaburan minimum serendah USD5 (lebih kurang RM20), membolehkan anda untuk melabur dalam saham berharga tinggi tanpa perlu mengeluarkan jumlah besar.
Dengan cara ini, pelabur tidak lagi terhalang dengan harga saham yang tinggi dan boleh memulakan pelaburan dengan jumlah lebih kecil, sesuai buat mereka yang baru ingin menjejakkan kaki ke dunia pelaburan.
Alat dagangan profesional permudah strategi pelaburan
Untuk meningkatkan pengalaman pelaburan, Webull Malaysia turut menyediakan lebih daripada 17 alat carta dan 58 penunjuk teknikal.
Ini membolehkan pelabur merancang strategi pelaburan mereka dengan lebih tepat dan berkesan.
Selain itu, platform ini juga menyediakan penilaian penganalisis profesional untuk pelbagai saham bagi memberikan pelabur maklumat yang lebih mendalam dan berguna untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih terinformasi.
Tawaran promosi Januari 2025
Sebagai sebahagian daripada kempen promosi Tahun Baru 2025, Webull Malaysia menawarkan ganjaran menarik sehingga RM400 untuk pelabur baru.
Pelabur yang berjaya mendaftar dan membuka akaun dagangan serta mendepositkan RM8,000 ke dalam akaun mereka akan menerima lima kupon dagangan bernilai RM20.
Selain itu, mereka yang mengekalkan deposit RM8,000 selama 60 hari dan melakukan sekurang-kurangnya satu dagangan beli sebelum kempen akhir akan menerima RM300 saham AS percuma.
Pelabur boleh memilih daripada saham-saham terkenal dan patuh Syariah seperti Apple, Nvidia, Google, dan Lululemon.
Promosi ini adalah peluang terbaik bagi pelabur baru untuk mengembangkan portfolio mereka dengan kos yang lebih rendah dan potensi keuntungan yang lebih tinggi.
Platform mesra pengguna dalam Bahasa Melayu
Menariknya, Webull Malaysia turut mengambil langkah besar dengan memperkenalkan aplikasi dalam Bahasa Malaysia, menjadikannya lebih mesra pengguna bagi pelabur tempatan.
Pengguna kini boleh mengakses pelbagai dalam Bahasa Malaysia, menjadikan pengalaman dagangan lebih mudah, mesra pengguna, dan lebih difahami terutama bagi mereka yang baru berjinak dalam dunia pelaburan.
Tidak hanya itu, Webull juga menyediakan ciri Level 2 untuk petikan pasaran masa nyata, memberikan pelabur maklumat yang lebih mendalam mengenai kedalaman pasaran dan pergerakan harga saham.
Ciri ini memberi kelebihan kepada pelabur untuk merangka strategi yang lebih baik.
Walaupun Webull Malaysia menyediakan pelbagai ciri canggih untuk pelabur berpengalaman, platform ini juga memberi perhatian kepada pelabur muda yang baru ingin bermula.
Webull menawarkan peluang untuk mereka mengawal kewangan dengan cara lebih mudah dan risiko yang lebih rendah berbanding platform lain.
Dengan pendekatan mesra pemula, Webull memastikan proses pelaburan jadi mudah dan tak membebankan.
Bukan itu sahaja, Webull memahami keperluan pelabur Muslim yang ingin memastikan pelaburan mereka mematuhi prinsip agama.
Oleh itu, Webull Malaysia menyediakan kemudahan perbankan Islam dan penyaringan Syariah untuk memilih saham dan dana yang patuh Syariah.
Ini sekali gus memberi keyakinan kepada pelabur beragama Islam untuk melabur dengan cara yang lebih selamat, terjamin, dan mengikut garis panduan agama.
Bagi pengguna baharu yang ingin membuka akaun, sila klik di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Webull, lawati laman web https://www.webull.com.my.
© New Straits Times Press (M) Bhd