WEF ASEAN perkasa suara dan sumbangan wanita dalam ekonomi

WEF ASEAN perkasa suara dan sumbangan wanita dalam ekonomi


KUALA LUMPUR – Para pemimpin, usahawan dan pembuat dasar wanita dari seluruh rantau ini akan berhimpun dalam Forum Ekonomi Wanita (Women Economic Forum.WEF) ASEAN tahun depan.

EF ASEAN 2025 dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 21 Jun 2025 di Dewan Perdana, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kuala Lumpur, Malaysia dengan tema “Women Leaders Beyond Borders: Shaping the Future of the ASEAN Sheconomy”, mencerminkan misinya untuk merapatkan sempadan, memecahkan halangan, dan memperkasakan pemimpin wanita untuk membentuk landskap ekonomi masa depan rantau ASEAN.

Forum itu bertujuan meningkatkan peranan dan sumbangan wanita dalam bidang ekonomi.

Presiden WEF ASEAN 2025, Datin Hartini Osman berkata, misi WEF ASEAN 2025 ini untuk menyediakan platform inklusif untuk wanita dari semua sektor untuk berhubung, berkongsi pandangan, dan secara kolaboratif dalam memacu kemajuan ekonomi.

Dengan tumpuan kepada kepimpinan dan inovasi wanita, forum ini berhasrat untuk membentuk ekonomi rantau ini, membantu wanita maju dalam profesional dan menyumbang kepada kesejahteraan komuniti mereka.

Jelas beliau, salah satu objektif teras WEF ASEAN 2025 untuk memperkasakan suara wanita dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk mereka berkembang maju.

“Dengan menjemput pemimpin, usahawan dan penggubal dasar yang berpengaruh, kami menyasarkan untuk memanfaatkan kekuatan kolektif kepimpinan wanita untuk membina ekonomi yang lebih berdaya tahan dan inovatif untuk rantau ini,” ujar beliau.

Program ini mendapat sokongan padu pemimpin seperti Dr. Harbeen Arora Rai, Pengasas WEF dan G100, yang telah menjadi penyokong teguh untuk pemerkasaan wanita di peringkat global.

“Kami juga berbesar hati forum ini mendapat sokongan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, yang memperjuangkan kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita.

“Memperkasakan wanita adalah penting bukan sahaja untuk mencapai kesaksamaan tetapi juga untuk memacu kejayaan ekonomi. Wanita memainkan peranan yang amat diperlukan dalam setiap aspek masyarakat, dan apabila mereka diberi kuasa, masyarakat dan ekonomi berkembang,” ujar beliau. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top