Wei Chong-Kai Wun berdepan Aaron-Wooi Yik di pusingan kedua Terbuka Denmark

Wei Chong-Kai Wun berdepan Aaron-Wooi Yik di pusingan kedua Terbuka Denmark



aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasangan beregu badminton negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark sebentar tadi.

Pada perlawanan di Jyske Bank Arena mereka dilihat tidak berdepan masalah menundukkan beregu England apabila hanya memerlukan 26 minit untuk menumbangkan Callum Hemming-Ethan Van Leeuwen, 21-11, 21-10.

Kemenangan itu adalah pertama buat Wei Chong-Kai Wun yang menghuni ranking ke-15 ke atas ke atas pasangan di ranking ke-69 dunia, Hemming-Leeuwen yang mana mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.

Kejayaan itu menyaksikan mereka bakal berdepan rakan senegara yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Aaron -Wooi Yik sebelum ini terlebih dahulu menempah tiket ke pusingan kedua beraksi cemerlang dengan menundukkan beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 28-26, 21-11 dalam pertarungan sengit selama 49 minit.

Mereka akan membuat perhitungan untuk menentukan tempat ke suku akhir, Khamis ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top