Wei Chong-Kai Wun kejutkan Sze Fei-Nur Izzuddin di Axiata Arena

Wei Chong-Kai Wun kejutkan Sze Fei-Nur Izzuddin di Axiata Arena


BEREGU lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mencipta kejutan apabila mara ke separuh akhir Malaysia Masters selepas menyingkirkan cabaran gandingan pilihan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Dalam aksi suku akhir di Axiata Arena itu, Sze Fei-Nur Izzuddin yang tampil dengan reputasi pilihan kedua terlebih dulu menang ke atas Wei Chong-Kai Wun, 21-19 pada set pertama.

Set kedua, Wei Chong-Kai Wun pilihan kelima kembali bangkit menyaingi lawan mereka untuk kemenangan 21-7 bagi mengheret permainan ke set penentuan.

Set penentuan, Wei Chong-Kai Wun yang tidak menoleh ke belakang meneruskan rentak cemerlang untuk kemenangan 21-16 dalam masa 45 minit.

Kemenangan diraih Wei Chong-Kai Wun menyaksikan mereka berjaya menebus kekalahan dalam dua perlawanan terakhir mereka.

“Permainan hari ini agak bagus juga sebab first set kita leading tapi kalah kemudian pegang semula set kedua dan ketiga, sesuatu yang baik untuk kita,” kata Wei Chong..

Sebagai rekod, Wei Chong-Kai Wun mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 21-17, 21-13 dalam masa 32 minit.

Sze Fei-Nur Izzuddin pula mara suku akhir selepas menyingkirkan cabaran

pasangan bukan pilihan dari Taiwan, Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh 21-19, 21-13 dalam masa 30 minit.

Wei Chong-Kai Wun akan berdepan dengan beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang menewaskan pilihan ketiga, Liang Wei Keng-Wang Chang, 21-10, 21-13.



Source link

OR

Scroll to Top