Wei Chong–Kai Wun tampil konsisten di Jerman apabila menempah slot lapan terbaik.
BEREGU badminton lelaki negara, Man Wei Chong–Tee Kai Wun membuktikan semangat juang tidak mengenal nama besar apabila menumbangkan wakil Indonesia, Fajar Alfian–Muhammad Shohibul Fikri, dalam aksi penuh debar di Saarlandhalle untuk mara ke separuh akhir Terbuka Hylo Super 500 di Saarlandhalle, Saarbrücken, Jerman pada Jumaat.
Wei Chong–Kai Wun tampil berani mengawal permainan sejak awal untuk menang straight set 26-24, 21-19 dalam masa 44 minit sekali gus meraih kemenangan pertama ke atas lawan berkenaan.
Menanti di pentas separuh akhir ialah satu lagi pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama–Moh Reza Pahlevi Isfahani, yang turut mencipta kejutan selepas menyingkirkan juara dunia 2022, Aaron Chia–Soh Wooi Yik, 11-21, 21-14, 21-17 dalam pertarungan selama 56 minit.
Dalam acara beregu wanita, langkah Go Pei Kee–Teoh Mei Xing terhenti di suku akhir selepas tewas kepada pilihan kelapan dari Turkiye, Bengisu Ercetin–Nazlican Inci, 13-21, 14-13.
Perlawanan itu bagaimanapun tidak dapat dihabiskan selepas Mei Xing mengalami kecederaan pada set kedua yang memaksa mereka menarik diri.
Pasangan lawan mara selepas perlawanan dihentikan pada kedudukan 14-13, manakala Mei Xing kini dalam pemantauan pasukan perubatan kejohanan.
Cabaran satu lagi wakil negara, Ong Xin Yee–Carmen Ting turut terhenti apabila tunduk kepada pilihan kedua dari Taiwan, Hsu Yin Hui–Lin Jhih Yun, 17-21, 16-21 dalam masa 37 minit.
Ringkasan AI
- Beregu badminton lelaki negara, Man Wei Chong–Tee Kai Wun menumbangkan wakil Indonesia, Fajar Alfian–Muhammad Shohibul Fikri untuk mara ke separuh akhir Terbuka Hylo Super 500
- Wei Chong–Kai Wun menang straight set 26-24, 21-19 dalam masa 44 minit
- Menanti di separuh akhir adalah pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama–Moh Reza Pahlevi Isfahani
- Go Pei Kee–Teoh Mei Xing terhenti di suku akhir selepas tewas kepada Bengisu Ercetin–Nazlican Inci akibat kecederaan Mei Xing
- Ong Xin Yee–Carmen Ting tunduk kepada pilihan kedua dari Taiwan, Hsu Yin Hui–Lin Jhih Yun






