Wei Chong-Kai Wun cipta sensasi di Paris 2025.
BEREGU badminton lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menempah tempat ke suku akhir Kejohanan Dunia selepas menundukkan pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy dalam aksi pusingan ketiga di Adidas Arena, Paris, Perancis.
Kemenangan straight set 21-18, 21-18 diraih Man-Tee dalam masa 35 minit itu melakar sejarah peribadi buat gandingan ranking ketujuh dunia tersebut yang mara ke suku akhir buat kali pertama, selepas kandas di pusingan ketiga edisi Copenhagen lalu.
Wei Chong-Kai Wun tampil cemerlang dalam kedua-dua set dengan mengawal tempo permainan membolehkan jagoan Masters Indonesia itu mengekang kebangkitan pasangan England yang cuba mengejar di penghujung set kedua.
Mereka dijadual bertemu pilihan utama kejohanan dari Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo Seung-jae dalam misi getir ke separuh akhir pada Jumaat.
Won-ho-Seung-jae memiliki rekod dua kemenangan ke atas Man-Tee selepas menjinakkan wakil negara itu di Terbuka Orleans dan Terbuka Jepun tahun ini