Wolfsburg sambar Qaseh Rania

Wolfsburg sambar Qaseh Rania


KEMAHIRAN, kualiti dan fizikal dimiliki pemain muda wanita negara, Qaseh Rania Khairul Najib berjaya memikat pihak kejurulatihan VfL Wolfsburg untuk memberikan tempat dalam pasukan belia kelab gergasi Eropah itu.

Perkembangan itu dikongsikan bapanya, Khairul Najib Ibrahim selepas pemain berusia 14 tahun itu menyertai sesi percubaan selama lima minggu dengan pasukan belia kelab itu baru-baru ini.

Ia sekali gus menjadi satu kebanggaan buat negara apatah lagi Qaseh Rania merupakan pemain wanita pertama dari Asia yang berjaya memikat kelab Jerman itu.

Malah, bakat unik anak kedua daripada empat beradik itu turut mendapat perhatian apabila kisahnya sebagai pemain bola sepak disiarkan di laman sesawang rasmi Wolfsburg dengan tajuk ‘The Soccer Girl From Malaysia’.

Qaseh Rania ketika menjalani sesi percubaan bersama Wolfsburg.

Qaseh Rania ketika menjalani sesi percubaan bersama Wolfsburg.

“Dalam masa sama, saya turut mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak iaitu kerajaan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), syarikat atau mana-mana pihak untuk membantu anak saya.

“Sebelum ini, semuanya saya uruskan sendiri, namun apabila masuk kepada proses visa dan permit ini ia menjadi rumit.

“Dari segi visa mungkin tidak menjadi masalah, tetapi permit bermain itu mungkin agak sukar kerana UEFA hanya iktiraf ranking negara satu hingga 60 sahaja kalau nak main di Eropah. Jadi, prosesnya agak rumit.

“Sayang lah jika bakat Qaseh Rania disia-siakan dan bukan mudah untuk kelab Eropah seperti Wolfsburg menawarkan tempat untuk beraksi dengan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Wakil Wolfsburg Asia Tenggara, Ken Hew dan Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Ahmad Azri Zainal Nor.

Qaseh Rania (tiga dari kanan) bersama pasukan belia Wolfsburg.

Qaseh Rania (tiga dari kanan) bersama pasukan belia Wolfsburg.

Pasukan wanita Wolfsburg sememangnya cukup gah di pentas Eropah apabila pernah menjuarai Liga Juara-Juara Wanita pada 2013 dan 2014.

Dalam aksi domestik pula, mereka menjuarai saingan liga Frauen Bundesliga sebanyak tujuh kali selain 12 kali memenangi kejuaraan DFB Pokal.

Selain itu, mereka juga pernah diangkat sebagai pasukan terbaik dunia pada 2013 dan 2014.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top