London: Wolverhampton Wanderers memberi penghormatan kepada penyerang Portugal, Diogo Jota apabila mengabadikannya di Dewan Kemasyhuran Kelab selepas beliau terkorban dalam kemalangan jalan raya awal bulan ini.
Jota membantu Wolves mendapatkan kenaikan ke Liga Perdana pada 2018 sebelum menyertai Liverpool pada 2020.
“Diogo bukan sahaja seorang pemain bola sepak luar biasa, tetapi juga seorang yang membawa diri dengan rendah hati dan penuh kebaikan sepanjang masanya di Wolves, dan beliau akan sangat dirindui oleh kami semua,” kata pengarah pentadbiran bola sepak Wolves, Matt Wild dalam satu kenyataan, awal pagi tadi.
Billy Wright, Derek Dougan dan Steve Bull antara mereka yang dilantik ke dalam Dewan Kemasyhuran kelab yang ditubuhkan pada 2008.
© New Straits Times Press (M) Bhd