Drama popular Toksik Cinta kembali mencuri perhatian selepas munculnya satu klip terbaharu di TikTok yang menjadi tular dan mengubah cara penonton melihat watak utama, Karmila.
Video sepanjang seminit 17 saat itu menimbulkan kejutan kepada peminat apabila mendedahkan bahawa Karmila bukan seperti yang disangka sebelum ini. Klip tersebut menunjukkan dia sebenarnya memanipulasi keadaan untuk menuduh pasangannya, Alfi.
Sebelum ini, ramai yang merasakan Karmila berada di pihak yang teraniaya, kononnya berdepan kekasaran dan tekanan emosi sepanjang hubungan dengan Alfi.
Namun, klip yang tersebar itu menggambarkan tindakan Karmila mencederakan diri sendiri bagi mencipta kecederaan palsu, sekali gus membina gambaran bahawa Alfi bertindak kasar terhadap dirinya.
Fenomena tular itu turut mencetuskan banjir komen di media sosial dengan pelbagai reaksi daripada netizen.
@tontonmy Karmila menipu je la selama ni!! Grrr.. Strim Tonton Original Series: Toksik Cinta –> Setiap Isnin hingga Khamis | Eksklusif hanya di @Tontonmy Dibintangi :- Aqasha sebagai Alfi @rienadiana_ sebagai Karmila @keithfoo sebagai Amsyar @cristinastockstill sebagai Farhana @dayangareeda sebagai Eez @ruzanaibrahim sebagai Anggun Arahan: @paliyahyalatest Penerbit: @ermafatima Terbitan: @rumah_karya_citra OST: @jimikamal_ Fantasia #ToksikCinta #TontonOriginals #Tonton #DramaSangat
Antara komen yang menarik perhatian termasuk persoalan mengapa rakan terdekat Karmila tidak tampil mengemukakan bukti lebih awal, selain ada yang berkata watak seperti itu memang wujud dalam kehidupan sebenar.
“Wujud saja perempuan macam ni. Sampai dia berjaya penjarakan suami sendiri,” tulis seorang pengguna.
Seorang lagi menambah: “Memang dah agak Karmila buat-buat lebam tu sendiri. Silapnya lelaki dia tak upah peguam.”
Ada juga yang mengaitkan watak Karmila dengan personaliti selebriti antarabangsa yang pernah terpalit kontroversi sama, sehingga ada yang menyamakan wataknya sebagai “Amber Heard versi tempatan”.
Perbualan hangat itu turut menggerakkan diskusi lebih luas dalam kalangan warganet mengenai isu manipulasi emosi dan penderaan psikologi dalam hubungan, yang menurut mereka boleh menimpa sesiapa tanpa mengira gender atau status.
Dalam masa sama, klip yang sedang tular itu terus meningkatkan gelombang populariti drama Toksik Cinta, sekali gus menjadikannya antara siri paling kerap dibincangkan di platform digital.
Penonton yang ingin mengetahui perkembangan seterusnya boleh menonton Tonton Original Series: Toksik Cinta secara eksklusif di platform Tonton.






