SEMANGATperjuangan skuad berbasikal trek negara menyala dalam misi membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mendapat basikal baharu WX-R Vorteq versi terkini yang dibawa khas dari United Kingdom (UK).
Tiga pelumba negara – Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri – kini sedang membiasakan diri dengan jentera yang dinaik taraf di Velodrom Illes Balears di Mallorca, Sepanyol.
Juara dunia keirin 2017, Mohd Azizulhasni yang membuat penampilan kelimanya di pentas Olimpik berkata ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan terbaik berazam meraih kejayaan bersama jentera terbaru mereka itu.
“Kami sangat bersyukur kerana dapat menggunakan jentera baharu di Mallorca. Secara peribadi setelah memenangi gangsa di Rio 2016 dan perak di Tokyo 2020, saya menyasarkan untuk mencapai kemuncak.
“Walaupun akan ada tentangan sengit daripada pelumba dari Belanda, Jepun, Australia dan Great Britain, saya percaya saya setanding dengan mereka, terutamanya sekarang kita dilengkapi dengan versi jentera yang dinaik taraf.
The Pocket Rocketman dan The Terminator akan memulakan kempen dalam acara pecut lelaki pada 7 Ogos manakala keirin berlangsung pada 10 Ogos, manakala Nurul Izzah Izzati pula turun dalam acara keirin wanita pada 7 Ogos diikuti pecut pada 9 Ogos.
Menurut MOM, skuad berbasikal trek akan meneruskan latihan mereka di Mallorca sebelum menyertai kontinjen negara di perkampungan sukan di St Denis, Paris pada 1 Ogos.
OR