Xin Yee-Carmen akui perlu beraksi lebih agresif

Xin Yee-Carmen akui perlu beraksi lebih agresif



mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain beregu wanita remaja negara Ong Xin Yee-Carmen Ting mengakui bahawa mereka terpaksa beraksi dengan agresif pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2024 di Nanchang, China, hari ini.

Xin Yee berkata, format baharu yang diperkenalkan pada kejohanan kali ini menuntutnya beraksi lebih pantas dan mengutip mata lebih banyak mata demi memberi kelebihan kepada pasukan.

Katanya, walaupun mendapat tentangan sengit daripada lawan namun dia bersama pasangannya memastikan momentum dalam keadaan terbaik dalam usaha memastikan keputusan memihak kepada Malaysia.

“Kejohanan kali ini sangat menguji keupayaan kami dan perlu beraksi lebih agresif. Segala-galanya tiada sebarang masalah dan akan memberi tumpuan pada pertemuan menentang China di peringkat separuh akhir,” katanya.

Terdahulu, skuad remaja negara membuktikan mereka berada di landasan yang tepat apabila menempah slot separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2024 di Nanchang, China, hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas barisan pemain muda negara mengatasi Denmark 110-85 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang.

Xin Yee dan Carmen mengesahkan kemenangan selepas menumpaskan wakil Denmark Sofie Nielsen-Amanda Peterson 99-73.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top