XTRA XSTAR 2025: Debaran Makin Memuncak! Siapa Bakal Rebut Tempat Dalam TOP 5?

XTRA XSTAR 2025: Debaran Makin Memuncak! Siapa Bakal Rebut Tempat Dalam TOP 5?

XTRA XSTAR 2025: Debaran Makin Memuncak! Siapa Bakal Rebut Tempat Dalam TOP 5?


Pertandingan pencarian bakat paling hangat tahun ini, XTRA XSTAR 2025, kini semakin hampir ke kemuncaknya apabila undian bagi mencari siapakah peserta TOP 5  telah pun ditutup.

Sepanjang tempoh undian dibuka iaitu bermula pada 23 September sehingga 12 Oktober, ribuan peminat tidak henti-henti menunjukkan sokongan terhadap peserta kegemaran mereka menerusi laman rasmi dan platform digital XTRA.

Malah, pelbagai video promosi dan nyanyian daripada peserta turut dikongsikan demi memikat hati peminat.

Kini, hanya lima peserta terbaik bakal mara ke pusingan akhir XTRA XSTAR 2025. Namun, persoalannya siapakah antara peserta yang berjaya menempatkan diri dalam senarai Top 5 musim ini?

Segala persoalan bakal terjawab pada Rabu ini, 15 Oktober 2025  apabila lima nama diumumkan untuk ke peringkat finale  yang akan berlangsung  secara LIVE menerusi platform TikTok XTRA pada 31 Oktober ini.

Sekadar info, Juara bukan sekadar membawa pulang gelaran, tetapi  juga akan menerima kontrak rakaman dan pengurusan eksklusif bersama Alternate Records & Talents, selain menikmati liputan meluas di platform XTRA dan Media Prima.

Turut menanti ialah sesi temu bual eksklusif dan penampilan istimewa dalam program hiburan popular.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif sepanjang perjalanan XTRA XSTAR 2025, jangan lupa ikuti @xtra_my di TikTok, Instagram, Facebook dan X.



Source link

OR

Scroll to Top