XTRA XSTAR 2025: Jom Kenali 5 Finalis Yang Bakal Berentap Di Pentas Akhir XTRA XSTAR!

XTRA XSTAR 2025: Jom Kenali 5 Finalis Yang Bakal Berentap Di Pentas Akhir XTRA XSTAR!


Pertandingan pencarian bakat paling hangat tahun ini, XTRA XSTAR 2025, kini semakin hampir ke kemuncaknya!

Selepas berminggu-minggu bersaing dalam pelbagai tugasan mencabar, akhirnya lima finalis terbaik berjaya melangkah ke pentas akhir yang bakal menentukan siapakah bakal bergelar juara edisi kali ini.

Menariknya, kesemua finalis kali ini bukan sahaja memiliki keunikan masing-masing, tetapi juga menyerlah dengan personaliti dan daya tarikan tersendiri yang membuatkan penonton sukar membuat pilihan.

Berikut merupakan lima peserta yang berjaya mara ke pentas akhir XTRA XSTAR 2025:

1.Qal Daienish (15 Tahun)

Peserta paling muda untuk musim kedua #xtraxstar2025. Berasal dari Gombak, Selangor. Qal merupakan peserta yang sentiasa meraih undi dan likes tertinggi untuk setiap tugasan yang diberi.

Meskipun agak pendiamm, namun Qal merupakan seorag yang ‘happy go lucky’.

2. Shatira Amanda (25 Tahun)

Namanya bukan lagi asing dalam industri hiburan tanah air. Berkecimpung dalam bidang lakonan, bakat dan personaliti Shatira Amanda amat disenangi para peserta lain meskipun tampak sedikit matang.

Selain memiliki rupa paras yang cantik, Shatira Amanda juag memiliki suara yang sedap sekali gus karakternya yang natural dan versatil menjadikan namanya antara calon pilihan ramai untuk bergelar juara.

3. Shaff Asran (31 Tahun)

Anak muda berasal dari Perak dan kini menetap di Cyberjaya ini merupakan seorang yang memiliki bakat luar biasa.

Aktif menyertai pertandingan nyanyian dan terlibat dalam beberapa program hiburan terbitan TV3 sebelum ini, Shaff membuktikan usia bukanlah  penghalang untuknya mencuba sesuatu yang baru apatah lagi melibatkan bidang yang diminatinya.

4. Alisya Sabrina ( 23 Tahun)

Memiliki rupa paras yang cantik dan juga seorang yang introvert, Alisya atau nama penuhnya, Wan ‘Alisya Sabrina Wan Mohamad Shamsudin ini merupakan pelajar jurusan Muzik di salah sebuah Institusi pengajian tinggi.

Mahir dalam bermain alat muzik, Alisya juga memiliki suara yang lantang sekali gus menggambarkan potensi besarnay untuk bergelar sebagai bintang.

5. Ledia De ( 23 Tahun)

Ledia De Fadilla Abdullah auranya persis keunikan suaranya yang menenangkan.

Memiliki aura positif dan mudah mesra dengan rakan finalis yang lain, maka tidak hairanlah karakter unik yang dibawa mencerminkan peribadi yang dimiliki.

Malah, bakat nyanyiannya bukan sekadar di depan kamera telefon tetapi mampu mengegar pentas berskala besar.

Pentas akhir XTRA XSTAR 2025 bakal berlangsung pada 31 Oktober 2025 pada jam 8.30 malam secara LIVE di TikTok rasmi XTRA.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara XTRA XSTAR 2025? Adakah pilihan anda akan membawa pulang trofi kemenangan? Saam-sama kita tunggu.

Pemenang XTRA XSTAR bukan sahaja akan menerima gelaran juara, tetapi berpeluang untuk menerima hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents.

Selain itu, pemenang juga berpeluang untuk muncul dalam pelbagai platform media yang dikendalikan oleh XTRA dan platform Media Prima, termasuk wawancara eksklusif dan liputan media meluas.

Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY.



Source link

OR

Scroll to Top