Yakin berkualiti, Pas hendak kuasai parti komponen dalam PN – Gerakan

Yakin berkualiti, Pas hendak kuasai parti komponen dalam PN – Gerakan


KUALA LUMPUR – Gerakan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak lagi perlu membuang tenaga untuk menjadi jentera di mana-mana Pilihanraya Kecil (PRK) selepas ini bagi membantu calon Pas yang bertanding terutamanya menggunakan logo parti itu sendiri dan bukannya Perikatan Nasional (PN).

Hal itu dicadangkan oleh bekas calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama, Datuk Aliff Taufid.

Tambahnya, biarkan Pas menggunakan jentera yang mereka ada untuk kaut kemenangan di DUN atau Parlimen kerana parti itu terlalu yakin bahawa mereka sangat berkualiti.

Hakikatnya kata pemimpin Melayu Gerakan itu, Pas terlupa bahawa mereka memiliki kualiti tersebut setelah adanya kerjasama erat dengan Gerakan dan juga Bersatu di dalam PN yang dibentuk.

“Bukan Gerakan, sebaliknya Pas yang patut diheret keluar dari PN kerana politiknya yang suka hendak menguasai parti lain dalam komponen, sekaligus mengganggu ketidakstabilan politik dalam PN boleh tercetus pada bila-bila masa.

“Pemimpin Pas harus contohi ahli-ahli biasa Pas yang jauh lebih bermutu dan kerap menghormati rakan ahli dalam komponen PN.

“Ahli Pas jauh lebih bersikap rasional berbanding pemimpin mereka yang dilihat centek akal terutama Ketua Penerangannya dan Pengarah Pilihanraya Pas Pusat yang boleh dilabel sebagai terlalu emosional dan rasis,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Aliff menambah, Bersatu perlu bertindak wajar dan bertegas dalam isu kebersamaan diantara parti-parti komponen di dalam.

“Perlunya membuat suatu perjanjian melalui akuan sumpah (SD) terutama menerima dan menghormati perlembagaan parti.

“Ia bertujuan menjamin kata sepakat secara muafakat demi membina kemampanan bersama,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top