Yakubu jeneral tengah Kedah FA

Yakubu jeneral tengah Kedah FA


KFA umum Yakubu Abubakar sebagai pemain import pertama musim 2025/2026. – Foto KFA

KEDAH Darul Aman FC (KFA) mengumumkan kemasukan pemain tengah berpengalaman dari Ghana, Yakubu Abubakar sebagai pemain import pertama bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi Pro musim 2025–2026.

Pengumuman itu sekali gus memberi isyarat bahawa skuad Hijau Kuning bersedia memperkukuh kekuatan di bahagian tengah menjelang musim baharu, dengan menampilkan pemain yang berpengalaman luas di peringkat antarabangsa.

Yakubu, 34, bukan nama asing dalam kancah bola sepak Malaysia apabila pernah menyarung jersi Sri Pahang FC pada musim 2021.

Selepas itu, beliau meneruskan karier di Liga Premier Bahrain bersama Hidd SCC dan Myanmar National League bersama Yangon United FC dari tahun 2022 hingga 2024.

Menurut KFA, pemain kelahiran Ghana itu memulakan kerjaya di akademi bola sepak negara asalnya sebelum beraksi bersama kelab Red Bull Ghana dan Ashanti Gold SC.

Yakubu kemudiannya mengembangkan karier ke luar negara, termasuk menyertai kelab di Mesir, Bahrain, Myanmar, Laos dan India.

Antara kelab yang pernah disertainya ialah Dummiant Club, Kooroum Mahmura FC, Al Galali, Zeyar Shwe Myay, Ayeyawady United, Rakhine United, Shan United serta Lao Toyota.

Para penyokong dijangka dapat menyaksikan aksi Yakubu bersama skuad Kedah FA pada perlawanan pertama Liga AI Semi Pro menentang Perlis GSA FC di Stadium Tuanku Syed Putra pada 2 Ogos depan.



Source link

OR

Scroll to Top