Yamal sedia pikul harapan La Roja

Yamal sedia pikul harapan La Roja

Yamal sedia pikul harapan La Roja


LAMINE Yamal tidak gentar memikul harapan besar penyokong Sepanyol yang mahu melihat La Roja menyingkirkan Belgium pada Sabtu (3 pagi watu Malaysia) dan melangkah ke separuh akhir Piala Dunia.

Bintang muda Barcelona itu menganggap tekanan sebagai pemain utama bukan satu beban, sebaliknya motivasi untuk terus membuktikan kemampuan kepada pengkritik.

“Saya melihatnya sebagai sesuatu yang boleh dinikmati. Ia satu perkara membanggakan dan penghormatan apabila orang ramai percaya dan yakin dengan kemampuan anda.

“Saya tidak melihatnya sebagai tekanan tetapi sesuatu yang positif dan ia membuatkan saya gembira,” katanya.

Walaupun baru berusia 18 tahun, Yamal kini menjadi antara sandaran utama skuad La Roja.

Pemain sayap itu mengakui kritikan adalah perkara biasa apabila seseorang pemain berada di kemuncak perhatian, namun beliau memilih untuk kekal fokus terhadap sasaran pasukan.

“Yang penting ialah kekal tenang dan terus berada di laluan kami, iaitu menang. Apabila anda menang, semuanya terasa kurang menyakitkan,” katanya.

Yamal turut percaya aksi terbaiknya di Piala Dunia masih belum tiba selepas baru kembali daripada kecederaan yang memaksanya berehat hampir dua bulan.

“Saya hanya perlu terus bermain, menyentuh bola dan mengumpul minit permainan. Saya percaya perlawanan terbaik itu akan datang,” katanya.

Sebagai rekod, Yamal setakat ini sekadar menyumbat satu gol dan tidak mencipta bantuan jaringan sepanjang lima penampilan

Walaupun rekod jaringannya masih rendah, impaknya kepada pasukan secara keseluruhan tetap signifikan.



Source link

OR

Scroll to Top