Pelakon Isa Khan meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang mengutuk pempengaruh serta usahawan, Jofliam.
Menerusi satu hantaran di Threads, Isa dilihat membalas satu perkongsian meluahkan rasa sedih melihat netizen zaman sekarang yang sibuk mengata orang lain.
BACA: “Rasulullah Ajar Adab Terhadap Makanan” – Isa Khan Tegur Jojo Label Khunafa ‘Makanan Sampah’

Kata Isa lagi, dia tidak pertahankan usahawan tersebut kerana dia tidak mengenali Jofliam serta mempersoalkan netizen yang mengata sedangkan usahawan itu tiada dosa dengan mereka.
“Korang semua yang beriya mengata dan mengutuk mamat ini (Jofliam), korang memang tak ada kerja lain?
“Macam tak ada kehidupan, sedih aku tengok manusia zaman sekarang. Aku bukan sokong dia, aku tak kenal pun mamat ini. Tapi masalahnya hari-hari korang mengata dia, sedangkan dia bukan ada dosa dengan korang pun,” tulisnya.
Dalam pada itu, Isa turut mengingatkan netizen bahawa kita tidak tahu mengenai ajal dan tindakan tersebut akan dihisab kelak.
“Belajar agama, bagi faham. Jangan sedap mulut mengata orang. Percuma sahaja segala pahala korang akan dihisab di akhirat nanti sebab mengata orang. Hidup kita ini dah tak tahu sampai bila, bila-bila masa sahaja boleh mati,” katanya.





