Pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura mengajak orang ramai agar lebih bijak menjaga ketenangan diri dan memilih lingkungan sosial demi menjaga kebahagiaan sendiri terutamanya sempena bulan Ramadan.
Menerusi perkongsian di Threads, Faz menitipkan pesan agar setiap individu tidak teragak-agak menjauhkan diri daripada perkara yang memberi kesan negatif terhadap emosi dan kehidupan seharian.
“Yang mendatangkan bahagia, kawan dan sayangi. Yang menganggu ketenangan, kita block ataupun ‘palau’.
“We do this now. Salam Ramadan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendirian aktres berkenaan terutamanya dalam menjaga kesihatan mental serta emosi lebih-lebih lagi dalam bulan penuh keberkatan.
Malah,pelakon, Rita Rudaini juga tidak ketinggalan meninggalkan komen tanda sokongan terhadap perkongsian Faz.







