“Yang Makan D*dah, Minum Ar*k, Gugurkan Anak Bukan Aku, 100 Peratus Kau!,” – Puteri Balqis Gesa Mia Sara Mohon Maaf

“Yang Makan D*dah, Minum Ar*k, Gugurkan Anak Bukan Aku, 100 Peratus Kau!,” – Puteri Balqis Gesa Mia Sara Mohon Maaf


Pelakon muda, Puteri Balqis menggesa rakan industri, Mia Sara Nasuha, supaya tampil memohon maaf kepada ibunya, Norashikin Mohd Aziz, yang didakwa menjadi mangsa penganiayaan dan fitnah.

Menerusi satu hantaran panjang di media sosial, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap dakwaan yang dikatakan memberi kesan mendalam kepada keluarganya, khususnya ibunya.

“Mohon maaf dengan mak aku. Kau mampu jawab dengan mak aku? Yang kaki kelab bukan mak aku. Yang kaki botol bukan mak aku. Yang makan dadah bukan mak aku. Itu kau. 100 peratus kau.

“Yang gugurkan anak bukan aku, tapi kau. Aku dah dididik dengan baik, tapi aku yang sial. Hadam ayat ini,” tulisnya dengan nada tegas.

Dalam hantaran sama, Aqish turut mengimbau kata-kata lama yang didakwa pernah dilemparkan kepadanya sebelum ini, selain mempersoalkan sikap segelintir pihak industri yang menurutnya hanya bersuara ketika satu pihak mendapat simpati.

“‘Mak kau tak didik kau ajaran agama.’ Bunyi macam biasa? Itu ayat kau. Mana artis-artis hebat yang sanjung kau waktu kau menangis, dan diam waktu kami difitnah?” luahnya.

Artikel Berkaitan: “Kami Diam Bertahun, Kau Ingat Aku Lupa?” – Puteri Balqis Akhirnya Bersuara, Dakwa Difitnah & Diperangkap Mia Sara

Aktres drama rantaian popular Keluarga Itu ini turut menzahirkan rasa terkilan terhadap ahli keluarga dan saudara-mara yang didakwa menjauhkan diri serta mempercayai fitnah terhadap ibunya.

“Kepada keluarga ibu aku, saudara mara ibu aku yang buang ibu aku, yang fitnah ibu aku kerana lebih percayakan bekas suaminya dan Mia Sara, yang sanggup buang darah daging sendiri kerana percayakan dua iblis ini, terima kasih, dari anaknya dan suaminya,” katanya.

Sebelum ini, Aqish mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika kecil, selain mendakwa difitnah dan diperangkap sehingga mengheret keluarganya ke dalam konflik berpanjangan.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan balas rasmi dikeluarkan oleh Mia Sara Nasuha berhubung dakwaan berkenaan.

Artikel Berkaitan: Bapa Tiri Puteri Balqis Naik Angin, Dakwa Mia Sara Terlibat Gejala Sosial – “Sebab Mulut Kau, Aku Hampir Hilang Nyawa Isteri!”



Source link

OR

Scroll to Top