Pelakon Rita Rudaini tampil memberi pandangan mengenai persoalan netizen mengenai Buduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang solat tanpa telekung.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita berkata pakaian yang menutup aurat dengan sempurna sah untuk menunaikan solat.
BACA: “Siti Nurhaliza Tutup Aurat, Telekung Bukan Syarat Sah Solat”

“Apa saja pakaian yang menutup aurat dengan sempurna adalah sah untuk digunakan ketika solat. Takkan itu pun tidak tahu?” katanya.
Sementara itu, Rita turut menegur sikap segelintir individu yang suka mencari kesalahan orang lain serta bertanyakan sama ada mereka yang mempersoalkan itu solat atau tidak.
“Ada sajalah manusia ni. Yang asyik tanya tu, solat tak? Kalau solat mesti tahu syarat sah solat. Hidup kalau suka sangat nak cari silap orang sampai lupa tengok diri sendiri dekat cermin,” katanya.






