Yantzen usaha cari dana untuk bina surau

Yantzen usaha cari dana untuk bina surau


Kuala Lumpur: Penyanyi rock 80-an, Yantzen, 67, kini sedang berusaha mencari dana dan pewakaf dalam merealisasikan impian untuk membina sebuah surau di rumahnya di Kampung Sungai Long, Batu 12 3/4, Hulu Langat, di sini, bagi mencari saham akhirat.

Yantzen yang juga penyanyi Rusty Blade berkata, setakat ini, penduduk sudah pun memiliki sebidang tanah kosong yang dikhaskan untuk pembinaan surau yang mampu memuat hampir 100 jemaah dalam kalangan penduduk.

“Saya sedang usaha untuk mencari dana pembinaan surau bagi membantu penduduk merealisasikan impian di samping saya sendiri mahu ia menjadi kenyataan.

“Saya tidak mampu melakukannya secara sendirian dan berharap mereka yang di luar sana sudi membantu selain pewakaf yang mulia,” katanya.

Dulu, kawasan rumahnya pernah dinaiki banjir dalam kejadian banjir besar pada November 2021 dan orang ramai yang banyak membantu penduduk mengemas serta membasuh rumah sebaik banjir surut.

“Dengan ada surau itu nanti, saya memang bercita-cita dan menjadi bilal dalam melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat.

“Indah impian itu dan saya perlu bantuan semua,” katanya.

Yantzen berkata, sumbangan boleh dibuat melalui akaun Persatuan Penduduk Kampung Sungai Long iaitu 26209000031671 (bank RHB).

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top