Yassin Hargai Ahli Senario Tak Buka Aib Ketika Diuji

Yassin Hargai Ahli Senario Tak Buka Aib Ketika Diuji


Pelawak Yassin Yahya meluahkan rasa syukur apabila rakan-rakan Senario sentiasa menjaga aib serta tidak memburukkan keadaan ketika isu penahanan di Jeddah.

Memetik mStar Online, Yassin berkata sebagai ahli paling muda, Yassin menghargai tindakan abang-abangnya itu yang tidak sesekali menjatuhkan maruah ahli lain serta lebih selesa jika dia memberi penjelasan sendiri.

BACA: Ditahan Bukan Kes Dadah, Bawa Barang Lambang Terlarang – Yassin

“Yalah, saya adik paling bongsu. Walaupun dah tua, tetap bongsu. Kami dah hampir 30 tahun bersama, jadi saya dah masak dengan perangai abang-abang saya.

“Riuh dan ‘gila’ macam mana pun, mereka tak akan burukkan keadaan dan akan cuba tutup aib saya Mereka lagi suka kalau saya sendiri jelaskan. ‘Kau buat, kau jawab’… lebih kurang macam tu,” katanya.

Sementara itu, Yassin berkata dia melihat pengalaman tersebut serta apa yang terjadi sebagai ujian hidup serta pengajaran.

“Trauma tiada dalam kamus hidup saya. Kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan. Kalau Allah nak uji lebih hebat pun saya tak tahu, jadi saya tak boleh nak riak.

“Macam-macam saya dah lalui sebelum ini. Apa yang jadi sebenarnya satu pengajaran untuk saya tempuh cabaran akan datang,”katanya.

Terdahulu, Yassin pernah ditahan selama enam bulan di Arab Saudi selepas disyaki membawa barang peribadi yang mempunyai lambang mencurigakan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa di Jeddah.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top