Penyanyi Yazmin Aziz dan teman lelakinya, Simon menjadi perhatian netizen apabila berkongsi gelagat lucu mereka sempena ulang tahun bulanan (monthsary).
Menerusi perkongsian di TikTok, Simon membuat kejutan buat Yazmin dengan membawa sejambak bunga ros pada awalnya.
BACA: Yazmin Aziz, Teman Lelaki Selamba Bercium Di Khalayak Ramai
Namun, apa yang menjadi perhatian apabila Simon melondehkan seluar panjang yang dipakai menampakkan boxer yang dicetak dengan wajah Yazmin.
Melihatkan gelagat Simon, membuatkan Yazmin ketawa melihat wajahnya pada seluar boxer kekasihnya itu.
“Muka saya ada di tengah situ,” katanya.
Bukan itu sahaja, Simon kemudian mengeluarkan hadiah dengan wajah Yazmin dan gambar mereka berdua antaranya seluar pendek, tuala merah jambu dan biru, selimut besar serta bantal.
“Saya tak pernah dapat benda macam ini sepanjang hidup saya. Saya tak pernah tengok muka saya pada begitu banyak benda,” katanya.