SETELAH tewas 1-4 kepada Great Britain pada Rabu, skuad hoki remaja negara, kini fokus berdepan India bagi aksi keempat Kejohanan Piala Sultan Johor 2025 (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya, pada Jumaat.
Malah ketua jurulatih, Nor Saiful Zaini Nasiruddin menegaskan pertembungan dengan India akan menjadi medan penting untuk pasukan negara bangkit semula dan memperbaiki kelemahan yang dikesan ketika aksi menentang Great Britain.
“Lawan India, kami akan menggunakan taktikal yang sama dan tidak akan memandang remeh kelebihan yang mereka ada dan kami juga perlu bermain dengan kemampuan kami.
“Seperti Pakistan, kami tahu ia akan sukar. Hari ini pun kita nampak ada masalah. India mungkin juga menggunakan kepantasan mereka dan kami perlu melihat dan mereka (pemain), perlu faham. Apabila mereka bermain pantas, apakah yang terbaik yang boleh mereka lakukan?
“Selain itu, pemian juga perlu pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di padang terutamanya ketika serangan balas, apabila bola berada di luar permainan dna juga ketika melakukan ‘marking’ di kawasan 23 meter. Saya rasa ini adalah aspek yang perlu mereka pelajar dan perbaiki dengan lebih baik,” katanya.
Untuk rekod, skuad muda negara tumpas 2-7 kepada Pakistan pada aksi pembukaan sebelum mengikat Australia 1-1, menewaskan New Zealand, 4-2 pada Selasa dan tumpas 1-4 kepada India pada Rabu.
Mengulas mengenai isu pukulan sudut penalti (PC), Nor Saiful Zaini menegaskan bahawa masalah sama turut dihadapi oleh kesemua pasukan yang bertanding kali ini.
Malah katanya, padang berkenaan juga dlihat dilihat sebagai faktor yang menafikan jaringan sama menerusi sepakan sudut penalti.
“Kami ada PC, tetapi kami perlu melihat keadaan padang kami yang ada sedikit masalah. Namun, saya tahu semua orang juga menghadapi masalah dengan padang.
“Kami ada PC, tetapi kami tidak menjaringkan gol. Itu yang saya katakan tadi. Kami perlu ada PC, kami perlu menjaringkan gol, barulah kami boleh mengimbangi permainan mereka,” katanya.
Sementara itu secara keseluruhannya, Nor Saiful Zaini menyifatkan pemain India sangat tajam dan mempunyai kebolehan yang lebih tinggi daripada skuad muda negara.
“Kami akui perkara itu. Tetapi bila bermain secara satu pasukan, mungkin kami boleh bantu antara satu sama lain.
“Hari ini, (Selasa), kemungkinan besar gol yang mereka dapat dan peluang yang kami ada tetapi gagal disudahkan itulah yang membezakan kami dengan mereka,” katanya.
Ringkasan AI
- Skuad hoki remaja negara akan berdepan India dalam Kejohanan Piala Sultan Johor 2025
- Ketua jurulatih, Nor Saiful Zaini Nasiruddin melihat pertembungan dengan India sebagai peluang pasukan bangkit semula
- Nor Saiful Zaini bertekad menggunakan taktikal yang sama dan tidak memandang remeh kelebihan India
- Isu pukulan sudut penalti dihadapi semua pasukan dan dipengaruhi oleh keadaan padang
- Pemain India dianggap lebih tajam namun pasukan Malaysia akan berusaha bantu antara satu sama lain untuk mengimbangi permainan