Young Tigress cari rentak dunia di pentas Piala Razak

Young Tigress cari rentak dunia di pentas Piala Razak


SKUAD hoki wanita negara, Young Tigress menjadikan saingan Piala Tun Abdul Razak dari 1 hingga 10 Oktober ini sebagai medan penting memantapkan persiapan menjelang Piala Dunia Remaja 2025 di Santiago, Chile hujung tahun ini.

Pengurus pasukan, Datuk Mohd Sayuti Abdul Samad menegaskan kejohanan berprestij tempatan itu mampu menawarkan pentas ujian terbaik buat penyandang juara berkenaan dalam kejohanan yang menampilkan lawan berkualiti daripada barisan pelapis kebangsaan dan kelab-kelab liga utama.

“Corak permainan pasukan saingan di Piala Razak akan membantu pemain memahami tempo moden hoki antarabangsa. Pendedahan ini penting untuk tingkatkan tahap kecergasan pemain dalam memperkasakan DNA hoki wanita negara.

“Piala Razak ini ibarat mini Piala Dunia. Jika pemain mampu menyerap tekanan dan belajar daripada perlawanan berintensiti tinggi di sini, saya yakin mereka lebih bersedia untuk berdepan cabaran sebenar di Chile nanti,” katanya kepada Sukan SInar.

Menurut Mohd Sayuti yang juga bekas penjaga gol legenda skuad kebangsaan, fokus utama Young Tigress ketika ini adalah meningkatkan keberkesanan pukulan sudut pendek sama yang dianggap kunci penting serangan Young Tigress pada pentas dunia.

Selain aspek teknikal, beliau menekankan kepentingan pemain menyesuaikan diri dengan intensiti perlawanan suku masa ketiga dan keempat serta konsistensi taktikal menentang pasukan lebih berpengalaman.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Lailin Abu Hassan sudah mengetahui cabaran getir menanti di Santiago selepas diundi dalam Kumpulan A bersama Jepun, Chile dan kuasa besar hoki wanita, Belanda di Santiago 2025.

 

 

Ringkasan AI

  • Skuad hoki wanita negara, Young Tigress menjadikan saingan Piala Tun Abdul Razak sebagai medan penting memantapkan persiapan menjelang Piala Dunia Remaja 2025
  • Pengurus pasukan, Datuk Mohd Sayuti Abdul Samad menegaskan kejohanan itu sebagai peluang terbaik menguji penyandang juara
  • Corak permainan dalam Piala Razak akan membantu pemain memahami tempo moden hoki antarabangsa
  • Fokus utama Young Tigress adalah meningkatkan keberkesanan pukulan sudut pendek
  • Skuad berada dalam Kumpulan A bersama Jepun, Chile dan Belanda di Santiago 2025



Source link

OR

Scroll to Top