Penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam memaklumkan pihaknya sudah ‘melamar’ pelakon, Que Haidar dan Nur Fazura untuk bergandingan dalam sebuah filem yang bakal diarahkan oleh anaknya, Syafiq.
Ketika ditemui media, Yusof menjelaskan hasrat tersebut telah pun diutarakan kepada Que dan Fazura, namun begitu masih tiada perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut.
“Saya mahu ambil Que untuk berlakon filem akan datang dan mahu gandingkan dia dengan pelakon wanita yang rapat dengannya sekarang, Fazura.
“Insya-Allah, mereka akan digandingkan di bawah filem terbitan Skop Productions dan di bawah arahan Syafiq,” katanya.
Mengulas mengenai reaksi Que dan Fazura, Yusof berkata kedua-dua pihak tersebut menunjukkan respons yang positif, namun setakat ini masih tiada persetujuan rasmi.
“Perkara ini agak sulit. Jadi, saya tidak boleh kongsi lanjut. Saya baru jumpa Que dan Fazura dan mereka cakap okay. Jadi, masih dalam peringkat perbincangan.
“Kita baru ‘merisik’ dan lihat Que serta Fazura masing-masing gembira. Mereka belum kata setuju.
“Mereka cakap okay dan sedia berbincang lebih lanjut, insya-Allah, semuanya okay,” katanya.
Yusof berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Malaikat Malam di GSC Mid Valley, pada malam Rabu.
Pada malam tersebut, Fazura turut hadir memberi sokongan kepada sahabat baiknya, Que yang turut berlakon dalam filem Malaikat Malam.
@xtra_my Wah, Nur Fazura pun ada juga, hadir support Que Haidar & pelakon lain di majlis tayangan perdana filem Malaikat Malam. 🥰😍 #xtramy #xtratonton #malaikatmalam
♬ sekuntum bunga sakura digurun sahara – ◦•●◉✿💞🇷 🇪 🇪 🇿💞✿◉●•◦
Filem Malaikat Malam bakal menemui penonton di pawagam di seluruh negara, mulai hari ini.
Selain Que, filem yang mendapat sentuhan pengarah muda, Nazifdin Nasrudin ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Kodi Rasheed, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.





