Selepas lebih sebulan di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji, pelakon Datin Lisa Surihani akhirnya selamat pulang ke tanah air.
Ketibaan Lisa disambut oleh suaminya, Datuk Yusry bersama anak-anak serta ibunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
BACA: “Di saat Orang Lain Tergilakan Yusry, Dia Tergila-Gilakan Hajjah Lisa Surihani”
Ramai sebak melihat momen Yusry dan anak-anak menyambut ketibaan Lisa dan memeluk erat bagi melepaskan rindu selepas sebulan berjauhan.
Sementara itu, dalam satu video, Yusry meluahkan rasa syukur isterinya sudah pun selesai menunaikan ibadah haji dan baginya rumah mereka sunyi tanpa isterinya.
“Saya sedang menunggu kepulangan Lisa daripada Tanah Suci. Alhamdulillah dah selesai semua urusan ibadah haji. Rumah itu bukanlah sebuah rumah yang sempurna tanpa Lisa,” katanya.
Terdahulu, Lisa menganggap ada hikmah di sebalik suaminya gagal rayuan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Lisa berkata dia reda suami tidak bersamanya menjadi tetamu Allah serta percaya dengan perancangan Yang Maha Esa.






