Yusuf Bahrin nafi rumah tangga hancur akibat orang ketiga, tegur jangan sibuk jaga tepi kain orang!

Yusuf Bahrin nafi rumah tangga hancur akibat orang ketiga, tegur jangan sibuk jaga tepi kain orang!


Pelakon Yusuf Bahrin mengambil keputusan untuk tidak melayan sebarang spekulasi yang mengaitkan kewujudan pihak ketiga sebagai punca keretakan rumah tangganya bersama bekas isteri, penyanyi Zizi Kirana.

Nafi wujud orang ketiga

Memetik laporan mStar, Yusuf atau nama penuhnya Muhammad Yusuf Bahrin, 34, berkata, dia memilih untuk berdiam diri kerana percaya sebarang kenyataan yang dibuat hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Benda ini balik kepada apa orang nak cakap, kita tak boleh nak halang. Apa orang nak tuduh pun kita tak boleh nak halang. Kita nak tegakkan benda yang betul pun kadang-kadang orang tetap tak percaya. Walaupun kita sendiri yang tahu apa yang jadi.
“Jadi, benda ini tidak perlu layanlah. Kita doakan yang baik-baik untuk mereka yang terus bercakap ini. Kita tak benci orang itu, kita benci perbuatan yang dia buat.
“Bercakap tanpa selidik, tanpa tahu benda yang betul, bila menuduh, buat fitnah, itu dosa!” katanya di Media Prima, Bangsar, pada Khamis.

Mengulas mengenai budaya kecaman di media sosial, Yusuf turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu mengambil tahu hal peribadi orang lain.

“Moga Allah lindung kita daripada segala fitnah, tutup aib kita semua. Selama kita hidup ini, kalau Allah saja nak buka aib kita, seorang pun takkan kawan dengan kita. Tapi Allah Maha Baik, Allah tutup aib kita.
“Jadi masing-masing kena beringatlah, jangan buat macam kita ini tak ada aib langsung, tak ada dosa langsung. Jangan suka bercakap pasal orang,” ujarnya.

Ditanya tentang hubungannya dengan bekas isterinya, Yusuf memilih untuk tidak mengulas lanjut dan mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya.

“Fokuslah! Fokus dengan kerjaya. Saya tetap akan cakap saya sedang fokus dengan kerjaya. Saya tak nak ada apa-apa gangguan. Saya nak fokus apa yang saya tengah buat sekarang,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Tetap hormat! Zizi Kirana kekal hubungan baik dengan ibu bapa Yusuf Bahrin

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 sebelum disahkan bercerai pada 2 April lalu.

Sumber: mStar (Nazrin Zulkafli)





Source link

OR

Scroll to Top