Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menjadi perhatian ramai apabila meluahkan pendapatnya mengenai kos pendidikan anak-anak yang semakin mahal.
Menerusi perkongsian di Threads, Ayda berkata dia terkejut serta membandingkan harga yuran zaman kini yang mencecah ribuan ringgit dengan zaman dahulu.
BACA: Ayda Jebat Umum Hamil Anak Ketiga, Usia Kandungan 4 Bulan

“Zaman sekarang ni…sekolah anak punyalah mahal. Dulu masa kita sekolah tadika kita dah rasa ‘mahalnya mama papa bayar’. Sekarang beribu riban harga. Harga sebulan gaji orang.
“Kayoooooo orang buat sekolah. Kalau yang murah sikit, kekejap masuk hospital pulak, sakit perut la, tandas kotor la, lebam sana sini, itulah inilah,” tulisnya.
Perkongsian Ayda itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersependapat dengan penyanyi itu mengenai yuran sekolah semakin mahal.
Bagaimanapun, ada yang kurang senang apabila Ayda melabel sekolah berkos rendah kotor dan bermasalah kerana jika diuruskan dengan baik kanak-kanak pasti akan dapat belajar dengan baik serta sihat.
