Pelakon Zara Zaya mengesahkan dirinya menghidap renal cell carcinoma atau kanser buah pinggang.
Menerusi satu hantaran di Threads, Zara berkata dia tidak sangka simptom yang dialaminya selama ini merupakan petanda kepada penyakit berkenaan.
BACA: Lupa Ambil Duit Di Mesin ATM, Zara Zya Reda Anggap Dah Lama Tak Bersedekah

“Sehingga tahun lepas, semuanya terjawab apabila saya disahkan menghidap renal cell carcinoma tahap satu. Tolong jangan abaikan isyarat tubuh kita.
“Bertahun badan memberi isyarat. Cepat penat, hidung kerap berdarah dan denyutan YANGberulang,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar pelakon itu diberikan kesembuhan serta kekuatan untuk terus berjuang melawan penyakit tersebut.





