Pelakon Zara Zya mengimbau kenangan pernah dihina serta diketawakan seorang artis kerana dia tidak dikenali ketika di awal penglibatannya dalam dunia lakonan.
Menerusi perkongsian di Threads, Zara berkata kejadian itu berlaku ketika penggambaran sebuah telefilem di sebuah pusat beli belah dan diperlekehkan oleh pelakon disebut sebagai ‘J’.
BACA: Bekas Tunang Zarina Anjoulie Nafi Bercinta Dengan Zara Zya, Tak Tolak Jika Berjodoh

“Saya teringat kejadian, masa saya masih belum dikenali, saya shooting 1 telemovie. Lupa dah tajuk dia. Pelakon tu perempuan nama dia J. Masa tu kami shooting di Mall. Ada lah beberapa peminat nak bergambar dengan dia. Normal lah tu kan,sebab dia di kenali.
“Yang tak normal dan menyedihkan, dia boleh datang dekat saya lepas tu, dan ketawakan saya depan team shooting,” katanya.
Menurut Zara, pelakon tersebut berulang kali mempersoalkan siapa dirinya serta mengatakan Zara tidak dikenali serta tidak popular.
Dalam pada itu, Zara turut menjadikan peringatan buat dirinya agar tidak sesekali menghina atau memandang rendah orang lain.
“Dia ketawa sambil cakap, hahahaha kau siapa? Orang tak kenal kau pun. Kau tak famous pun! Berkali-kali dia ulang.
“Saya diam. Saya teruskan kerja saya. Saya hadap dia hampir 7 hari. Macam-macam dia cakap dan hina saya. Memang masa tu orang tak kenal saya pun. Dan masih mentah lagi dalam industri.
“Bila teringat tu, saya sedih tapi tak menangis. Sedih dia makan dalam dan buat saya sentiasa beringat,jangan hina orang. Jangan pandang rendah pada orang. Sebab kita tak tahu rezeki kita dan orang tu macam mana,” tulisnya.
Sementara itu, Zara turut memaklumkan pelakon tersebut sudah tidak lagi aktif dalam industri seni.






