June 14, 2024

Zaskia Sungkar & Shireen Sungkar Pasangan Adik Beradik Yang Cantik & Stylish! – Hijabista

Pasangan adik beradik yang sama-sama cantik dan stylish Zaskia Sungkar dan Shireen Sungkar bukan hanya bergelar pelakon bahkan mereka pernah menubuhkan kumpulan vokal ‘The Sisters’ yang cukup popular suatu ketika dulu.

Kredit Foto: zaskiasungkar15

Biarpun kini masing-masing sudah berhijrah dan mengurangkan aktiviti hiburan, kedua-duanya masih aktif di media sosial seperti Youtube dan Instagram.

Kredit Foto: zaskiasungkar15

Berikut beberapa foto keakraban Zaskia dan Shireen sebagai adik beradik.

KECIL-KECIL LAGI DAH CANTIK
Ini adalah gambar lama Zaskia dan Shireen semasa mereka berusia dua tahun. Ternyata, mereka ini kecil-kecil lagi dah cantik. Anak kepada Fenny Beauty dan Mark Sungkar ini sangat rapat antara satu sama lain.

Kredit Foto: zaskiasungkar15

KONGSI DETIK GEMBIRA
Jarak umur yang tidak terlalu jauh membuatkan adik-beradik ini sentiasa akrab. Zaskia dan Shireen sering berkongsi detik-detik kegembiraan mereka di media sosial Instagram masing-masing.

Kredit Foto: zaskiasungkar15

Seperti gambar ini, mereka berdua kelihatan saling bercerita sambil menghabiskan masa bersama walaupun selepas berkahwin.

MACAM KEMBAR!

Kredit Foto: zaskiasungkar15

Seperti adik beradik, ada persamaan antara Zaskia dan Shireen. Kedua-dua selebriti ini kelihatan begitu cantik dan anggun berhijab. Malah wajah mereka kelihatan sangat mirip seperti kembar.

BAHAGIA DENGAN PASANGAN

Kredit Foto: zaskiasungkar15

Walaupun mempunyai kehidupan keluarga masing-masing, ia tidak menjadikan Zaskia dan Shireen berjauhan. Sebaliknya, hubungan mereka menjadi semakin rapat.

BACA JUGA: Isteri Baim Wong Kini Manis Bertudung, Gaya Stylish PAULA VERHOEVEN Jadi Inspirasi!

SENTIASA ADA & SALING MENYOKONG
Zaskia dan Shireen terkenal sebagai selebriti yang sentiasa menjaga hubungan dengan baik.

Kredit Foto: zaskiasungkar15

Kedua-duanya sentiasa memberikan sokongan antara satu sama lain. Mereka sama-sama menggalakkan antara satu sama lain untuk belajar agama.

BERSAHABAT DENGAN LAUDYA CYNTIA BELLA
Zaskia dan Shireen juga bersahabat baik dengan selebriti jelita, Laudya Cynthia Bella.
Mereka sering muncul bersama sehingga ramai yang mengatakan mereka bertiga seperti adik beradik, sama-sama cantik.

Kredit Foto: zaskiasungkar15
Kredit Foto: zaskiasungkar15

Kredit Foto:Instagram Shireen Sungkar & Zaskia Sungkar

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI


OR

Scroll to Top