Zhen Song sambar emas kata

Zhen Song sambar emas kata


Miri: Atlet karate Chan Zhen Song membuka akaun pingat emas kontinjen Pulau Pinang apabila mengungguli acara kata individu lelaki Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 hari ini.

Gerakan kemas dipersembahkan atlet berusia 21 tahun itu memikat juri untuk menghadiahkan 38.8 mata dalam saingan berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri di sini.

Wakil Perak, Syah Ahmad Jasman Syah meraih perak dengan 36.4 mata pada aksi penentuan pingat emas manakala Muhammad Aiqal Asmadie dari Wilayah Persekutuan dan Mohamad Haznil Henry dari Sabah berkongsi gangsa.

“Sebenarnya apabila tahu keputusan itu saya sendiri pun terkejut kerana perbezaan mata sangat jauh dan saya juga kagum dengan persembahan sendiri sebab sudah banyak usaha dan masa dicurahkan dalam latihan untuk Sukma ini.

“Emas ini cukup bermakna buat saya bagi menggantikan gangsa kata berpasukan pada edisi lalu,” katanya.

Dalam saingan wanita pula, Lovelly Anne Robberth dari Sabah mengumpul 39.2 mata untuk memenangi emas menewaskan Farhah Syahirah Mohamad Shamrin dari Brunei yang memperoleh perak dengan 38.6 mata.

Gangsa acara itu dikongsi Ph Ng Lebin dari Pulau Pinang dan Bernice Low mewakili Perlis.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top