ferzalfie@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, gagal untuk mara ke peringkat separuh akhir di Masters Orleans selepas tewas kepada pemain Ireland, Nhat Nguyen, di suku akhir sebentar tadi.
Zii Jia yang juga pilihan utama kejohanan, berhadapan cabaran sengit daripada lawannya, yang tampil dengan semangat juang tinggi.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Palais des Sports, Orleans, Zii Jia tidak dapat mengatasi permainan mantap Nguyen yang berjaya menewaskannya dengan keputusan 23-21, 21-7.
Walaupun Zii Jia bermula dengan baik pada set pertama, Nguyen yang kini berada di ranking 49 dunia, berjaya membalikkan keadaan dengan beberapa pukulan tajam dan kemas.
Pada set kedua, Zii Jia berusaha untuk bangkit namun seakan terbatas dengan masalah kecergasan, tatkala kekuatan mental dan ketenangan Nguyen terbukti lebih unggul, membawa pemain Ireland itu menamatkan perlawanan dengan kemenangan.
Turut ditunjukkan jalan keluar ialah beregu wanita, Teoh Mei Xing-Go Pei Kee selepas kalah kepada pasangan Korea Selatan Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong 13-21, 11-21.
© New Straits Times Press (M) Bhd