Zii Jia mula kempen Orleans Masters langkah kanan.
BINTANG badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memulakan kempen Orleans Masters langkah kanan apabila bangkit menewaskan pemain Taiwan, Chi Yu-jen pada Rabu.
Perlawanan pusingan pertama yang berlangsung di Palais des Sports, Orleans, Perancis itu, Zii Jia bagaimana terlebih dulu goyang apabila tewas 17-21 pada set pertama.
Zii Jia yang berehat tiga bulan sebelum datang ke Perancis untuk Super 300 itu kemudian bangkit dua set berikutnya dengan kemenangan 21-17, 21-17 dalam masa 56 minit.
Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga pilihan pertama akan berdepan bintang India, Srikanth Kidambi yang mengejutkan wakil Jepun, Koo Takahashi, 21-17, 21-17 dalam masa 40 minit.
“Seronok dapat kembali selepas daripada kecederaan, saya (aip), saya perlukan sesuatu sebagai pemanas badan sebelum Seluruh England.
“Misi saya di Orleans Masters, adalah untuk mendapatkan semula momentum,” kata Zii Jia selepas memulakan momentum positif di bumi Perancis.
Sementara itu, hasrat Cheam June Wei untuk mara tidak kesampaian apabila tewas kepada seorang lagi bintang Taiwan, Lin Chun-yi, 20-22, 9-21 dalam masa 41 minit.