Kejayaan merangkul pingat gangsa tersebut diraih setelah pemain berusia 26 tahun itu menumpaskan Lakshya Sen dari India sebentar tadi.
Dalam aksi di Porte de La Chapelle itu Zii Jia menewaskan Lakshya Sen dalam aksi rubber set 13-21, 21-16, 21-11
Menerusi kemenangan tersebut Zii Jia merapatkan jurang kemenangan ke atas Sen 2-4.
Zii Jia yang menjadi prospek emas negara sebelum ini tewas kepada juara dunia 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn 14-21, 15-21 dalam aksi separuh akhir.
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada Ahad melakar sensasi apabila mempamerkan kebangkitan untuk meraih gangsa setelah menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-20, 22-20, 21-19.
Kejayaan itu juga membolehkan Zii Jia menjadi pemain perseorangan Malaysia ketiga yang memenangi pingat pada Sukan Olimpik.
Pemenang pertama ialah Datuk Rashid Sidek pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 apabila memenangi gangsa, disusuli Datuk Lee Chong Wei yang merangkul perak pada edisi di Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2012.
OR