Zizan Nin tak melatah dikecam netizen, anggap diri makin berusia

Zizan Nin tak melatah dikecam netizen, anggap diri makin berusia

Zizan Nin tak melatah dikecam netizen, anggap diri makin berusia


am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “We grow old not young,” (Kita semakin tua bukan muda). Lainlah kalau saya masih kekal 21 tahun. Itu agak membimbangkan,” kata pelakon senior Zizan Nin.

Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman netizen membabitkan imej dan penampilan terkininya yang didakwa sangat berbeza dari dulu.

Zizan atau nama sebenarnya, Azizan Nin, 52, berkata, dia kini berada pada fasa matang dan seiring dengan peningkatan usianya.

“Saya tiada apa yang nak diubah sama ada suntikan botox atau pembedahan kosmetik.

“Alhamdulillah, dipanjangkan usia dan kekal sihat pun, saya sangat bersyukur,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai kecaman pula, kata Zizan yang turut bergelar pengarah berkata, dia tidak cepat melatah dengan kecaman dari netizen itu.

“Saya okay saja dan berasa lucu juga serta tak ada rasa emosional pun. Itu hak masing-masing menggunakan platform mereka.

“Terpulanglah, apa yang ditulis kerana ia sebaliknya mencerminkan mentaliti dan peribadi individu itu sendiri,” katanya.

Pada masa sama, kata Zizan, dia juga sudah lama tidak muncul depan kamera kerana fokus pada kerja di belakang tabir.

“Saya kini banyak buat kerja belakang tabir dan kerap di undang sebagai panel penilai dan pensyarah jemputan untuk berkongsi ilmu pengalaman dalam industri seni tanah air.

“Beri peluang lah pada hero baru untuk pertaruhkan bakat mereka supaya kita tidak ketandusan pelapis dalam bidang seni,” katanya.

Terdahulu, video podcast Zizan berkongsi pengalaman dan perjalanannya sebagai penerbit tular sekali gus menjadi medan netizen mengecam penampilan terkininya yang didakwa berbeza dari dulu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top