Pelawak dan pelakon, Zizan Razak bersama pempengaruh, Ira Kazar hangat menjadi sebutan ramai apabila tular sebuah video memaparkan kemesraan mereka sehingga dijodohkan netizen.
Menerusi sebuah potongan video di TikTok, Zizan atau nama lengkapnya, Mohammad Razizan Abdul Razak, 42, menjelaskan hubungannya bersama Ira hanya seperti adik-beradik.
Mengulas lebih lanjut, aktor filem popular Abang Long Fadil ini tidak menafikan keadaan akan menjadi janggal sekiranya dia berkahwin dengan bekas isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof.
“Kita dah macam adik beradik lepas itu tiba-tiba kahwin macam janggal juga,” katanya.
@viewkomen ramai nak zizan kahwin dengan ira kazar
Sekadar ino, Ira atau nama lengkapnya, Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin dengan Syamsul pada 6 Januari 2023 di Thailand.
Namun, rumah tangga mereka terlerai apabila disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Artikel Berkaitan: Wujud Pelanggaran Taklik Sebanyak 5 Kali, Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu






