ZRA Peruntuk RM40,000 Duit Simpanan Demi Sertai Sumud 2.0 – “Mahal Atau Murah Ia Bukan Ukuran”

ZRA Peruntuk RM40,000 Duit Simpanan Demi Sertai Sumud 2.0 – “Mahal Atau Murah Ia Bukan Ukuran”

ZRA Peruntuk RM40,000 Duit Simpanan Demi Sertai Sumud 2.0 – “Mahal Atau Murah Ia Bukan Ukuran”


Bekas wartawan dan wakil Malaysia dalam misi kemanusiaan global Sumud 2.0, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mengakui sanggup memperuntukkan sehingga RM40,000 daripada simpanan peribadinya bagi menyertai misi Sumud 2.0 demi perjuangan membela Gaza.

Menurut ZRA, jumlah tersebut sudah disediakan lebih awal sebagai persiapan untuk pelayaran kali ini, meskipun kos sebenar masih belum dapat dipastikan.

“Saya standby RM40,000 kak untuk belayar kali ini. berapa kos dia saya sendiri tak pasti tapi saya standby duit simpanan saya RM40,000,” katanya.

Mengulas mengenai persepsi masyarakat terhadap nilai wang yang digunakan, ZRA menjelaskan,  ramai masyarakat suka melihat sesuatu perkara dari sudut materialistik semata-mata.

Jelasnya,  perbelanjaan besar seperti membeli kereta atau rumah sering dianggap berbaloi, namun apabila melibatkan kos untuk menuntut perjuangan dan nilai akhirat, ia seringkali dianggap mahal.

“Dulu RM21,000, saya ada kereta kak, saya ada rumah. Bila dengar harga kereta RM120,000 banyak…  tapi orang kata murah. Bila dengar rumah harga RM400,000 orang suruh beli sekarang. Dengar emas turun RM500 lebih, orang kata beli… Bila harta dunia, semua tu kita kata murah.

“Tapi bila sampai benda yang kemudiannya di dunia, benda tu tak ada nilai… kerana ia adalah perjalanan untuk membela Gaza, semua orang kata mahal.

“Ini bukan soal kos, ini masalah bagaimana kita melihat kehidupan kita. Kalau sesetengah orang kata pergi untuk membebaskan Masjidil Aqsa, dengan niat untuk membebaskan Masjidil Aqsa, nilai RM40,000 adalah murah,” jelasnya.

 

Menurut ZRA, jika misi tersebut diniatkan untuk membebaskan Masjidil Aqsa, kos melibatkan belanja yang besar bukanlah isunya apatah lagi usaha yang dilakukannya sejak 2005 adalah untuk menyebarkan kesedaran mengenai Masjidil Aqsa melalui pelbagai platform termasuk media sosial.

Tambahnya, penyertaan dalam misi itu juga dilihat sebagai peluang untuk menghasilkan kandungan yang mampu menyentuh hati masyarakat agar lebih mencintai tempat ketiga paling mulia itu.

“Saya jelaskan pada semua, tentang mahal atau murah ia bukanlah ukuran. Selama saya hidup, saya buat cerita pasal Masjidil Aqsa daripada 2005 iaitu 21 tahun yang lalu.

“Tahun ni dan tahun lepas adalah peluang untuk saya menghasilkan filem dalam media sosial (segala perkongsian) yang menjadi ‘harga’ dan berbaloinya harga RM42,000 tu kepada membolehkan semua orang menyimpan dalam hati untuk mencintai Masjidil Aqsa dengan harapan, hati yang mencintai Masjidil Aqsa suatu hari akan menggerakkan kakinya ke sana.

“Jadi dalam kerja kita, bagi orang berfikir Masjidil Aqsa adalah tempat bertanggungjawabnya orang Islam. Kerana disebut dalam al-Quran, barangsiapa beriman dengan al-Quran kena beriman dengan seluruh surahny. Al- Isra’menyebut, ini adalah tempat ketiga paling mulia,” ujarnya.



Source link

OR

Scroll to Top