July 27, 2024

’10 tahun lagi, DAP akan jadi tuan’: Tamrin Ghafar dipanggil polis

’10 tahun lagi, DAP akan jadi tuan’: Tamrin Ghafar dipanggil polis


KUALA LUMPUR – Polis memanggil bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Tamrin Ghafar berhubung artikel bertajuk ’10 tahun lagi, DAP akan jadi Tuan’.

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba itu berkata, beliau menerima panggilan telefon pada petang Isnin lalu berhubung siasatan polis membabitkan catatan pada 4 April itu.

“Saya terima panggilan daripada polis mengatakan ada laporan dibuat terhadap catatan blog terbaru saya bertajuk ’10 tahun lagi, DAP akan jadi Tuan’,” katanya kepada New Straits Times.

Menurut Tamrin, seorang pegawai menghubunginya semalam dan memperkenal diri sebagai pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman memohon kerjasamanya berhubung siasatan berkaitan blog itu.

Tamrin dijadualkan berjumpa pegawai penyiasat di Bukit Aman pada jam 10.30 pagi pada Selasa depan.

“Dia tanya saya, bila saya boleh datang untuk memberi kenyataan. Memandangkan hari raya, saya cadangkan sedikit masa minggu depan.

“Saya kata mungkin pada hari raya kelapan atau kesembilan. Tetapi sekarang saya buat keputusan pergi pada 16 April,” katanya.

Menurut Tamrin, beliau tiada mempunyai masalah untuk memberi kerjasama kepada pasukan penyiasat tambahan ini bukan kali pertama beliau dipanggil polis berhubung penulisannya.

“Saya hanya berkongsi pemikiran saya tentang masa depan, berdasarkan apa yang berlaku pada masa ini antara parti-parti.

“Dengan orang Melayu bertelagah sesama mereka mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri dan kekacauan berkaitan, ramalan saya mungkin tidak jauh tersasar,” katanya.-MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top