June 14, 2024

Agong berkenan berangkat hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri MB Johor


Johor Bahru: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di kediaman rasmi di Saujana di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Onn Hafiz dan isteri Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor.

Menerusi hantaran di laman sosial rasmi Seri Paduka Baginda, kelihatan pengunjung teruja dan tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar bersama baginda.

Terdahulu lebih 12,000 penduduk berbilang kaum di negeri ini hadir memeriahkan majlis rumah terbuka berkenaan dengan 32 gerai menyajikan 22 menu termasuk makanan tradisi Melayu Johor.

Anakanda baginda, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar turut berangkat ke majlis berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top