Pelakon Johan As’ari berkongsikan perkara mengejutkan mendedahkan gaji diterimanya ketika berlakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Menerusi satu podcast, Johan berkata dia menerima bayaran sekitar RM70,000 dan komitmennya di set penggambaran hanya selama 14 hari.
BACA: Bukan Kekasih Imaginasi, Johan As’ari Betul-Betul Nak Kahwin Tahun Ini
“Saya dibayar sekurang-kurangnya untuk 14 hari bekerja, iaitu kurang daripada sebulan dalam tempoh penggambaran 100 hari.
“Penggambaran dilaksanakan dalam masa 100 hari. Hari pertama penggambaran bermakna setiap hari sampai hari yang keseratus dipenuhkan dengan penggambaran. Komitmen saya tak sampai sebulan. Alhamdulillah saya dibayar hampir RM70,000,” katanya.
Sementara itu, Johan turut meluahkan rasa syukur kebajikan pelakon dijaga dengan baik sepanjang penggambaran termasuk dari segi makan minum serta tempat penginapan.
“Makan minum semua ditanggung, menginap di hotel. Terima kasih kepada Studio Kembara atas layanan yang sangat baik. Ini rezeki saya dan rakan-rakan pelakon lain,” katanya.
Untuk rekod, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof mencipta fenomena apabila mencatat kutipan sebanyak RM97 juta.






