September 8, 2024

25 MP, 58 ADUN tandatangan Surat Arahan Khusus MPT – Muhyiddin

25 MP, 58 ADUN tandatangan Surat Arahan Khusus MPT – Muhyiddin


KUALA LUMPUR – Seramai 25 ahli Parlimen dan 58 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menandatangani Surat Arahan Khusus Majlis Pimpinan Tertinggi.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bermakna semua mereka berikrar untuk terus setia dengan parti.

Jelas beliau, surat arahan tersebut dibuat selaras dengan pindaan Perlembagaan Bersatu yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftar (ROS) sebelum ini untuk menepati Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan mengenai anti lompat parti.

“Semalam 31 Mei 2024 adalah hari terakhir untuk wakil-wakil rakyat Bersatu menyempurnakan surat Arahan Khusus Majlis Pimpinan Tertinggi,” katanya menerusi kenyataan.

Muhyiddin mengingatkan semua wakil rakyat parti itu untuk mematuhi Fasal 10.4 yang menjelaskan bahawa ketidakpatuhan wakil rakyat terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan MPT akan mengakibatkan terhentinya keahlian serta merta.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Jawatankuasa Khas Bersatu yang bertungkus-lumus mengempurnakan Arahan Khusus MPT ini secara tertib an teliti, menepati segenap lunas undang-undang,” tambahnya.

Terdahulu, Bersatu menghantar Surat Arahan Khusus Majlis Pimpinan Tertinggi kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu.

Surat itu mengandungi lima perkara utama bagi mengingatkan ahli parti tentang tanggungjawab mereka di bawah perlembagaan Bersatu.

Surat itu turut dihantar kepada tujuh ahli parti yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada kerajaan Perpaduan.-MalaysiaGazette

 



Source link

OR

Scroll to Top